Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Thursday, October 25, 2007

Pendatang tanpa kawalan cabar keselamatan negara
KEMELUT isu kebanjiran pendatang tanpa izin terus berlarutan malah lebih mendukacitakan, isu ini seakan tiada jalan penyelesaian.
Saban hari banyak kenyataan dikeluarkan berhubung isu kebanjiran pendatang tanpa izin dengan jawab klise ialah pihak berkaitan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Macam biasa menteri dan pihak yang berkuasa hanya sekadar membuat kenyataan yang tiada penjelasan pasti meskipun mereka sedar kebanjiran pendatang asing menyumbang peningkatan kadar jenayah.
Inilah akibatnya sikap pihak-pihak tertentu kurang bertindak tegas menyebabkan melimpahnya pendatang tanpa izin sehingga ia membawa masalah kepada rakyat tempatan.
Timbalan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.
Anggota Polis seramai 90,000 berbanding jumlah 25 juta rakyat Malaysia tidak mampu membanteras pendatang tanpa izin secara menyeluruh.
Pendatang asing banyak kali menimbulkan masalah kepada negara sehingga meningkatkan kadar jenayah seperti samun, rompakan, kes bunuh, curi motosikal, pergaduhan dan rogol.
Mereka bertindak ganas kerana tidak mempunyai gaji yang tinggi dan tidak mempunyai pekerjaan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan niat jahat mereka.
Isu membanteras pendatang tanpa izin tidak boleh disandarkan kepada bahu polis semata-mata kerana kita harus akui mereka mempunyai banyak tugas lain sedangkan bilangan anggota sedikit.
Masalah ini harus ditangani bersama secara bersunguh-sungguh kerana banyak pakar telah membuat kajian, memberi amaran kemungkinanan kebanjiran pendatang asing akan mengundang kepada ancaman keselamatan dan kestabilan negara. Mudahnya pihak tertentu mengambil tindakan tindakan yang tidak serius membanteras masalah ini.
Akibatnya kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukan sahaja mengundang masalah jenayah tetapi menimbulkan kepincangan dalam sistem pemantauan terhadap pendatang asing. Banyak jenayah telah berlaku sejak kebelakangan seperti kes-kes samun dan rompakan , kini masyarakat Malaysia seolah-oleh dibelenggu ketakutan dan kerisauan. Banyak isu yang belum terjawab lagi dan sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Banyak isu yang dikuburkan begitu sahaja kerana kelemahan yang sering berlaku tetapi semakin lama rakyat jadi muak dengan isu pendatang asing ini. Isu pendatang asing di Malaysia tiada penyelesaianya kerana pihak yang berkuasa sibuk dengan pelbagai urusan lain.
Banyak persidangan dan mesyuarat telah membangkitkan masalah ini dan mencetuskan kebimbangan ini. Banyak pihak telah memberikan pendapat yang memberi gambaran negatif tentang implikasi ini.
Jika dahulu kes samun, pembunuhan dan pelbagai lagi jenayah agak asing bagi rakyat Malaysia tetapi kini banyak kes jenayah menjadi saksi kepada kesan kebanjiran pendatang asing. Selepas ini mungkin banyak lagi kes-kes jenayah akan meningkat lagi jika tiada badan khusus untuk memantau pendatang asing dan membanteras kebanjiran pendatang tanpa izin.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, fenomena kebanjiran pendatang asing menimbulkan tanda tanya kenapa kita harus membiarkan kebanjiran pendatang tanpa izin berterusan? Adakah terlalu banyak pekerjaan yang harus diisi oleh pendatang tanpa izin semata-mata?
Di Malaysia kita boleh lihat ramai rakyat Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Nepal, Afrika dan pelbagai lagi bangsa berkumpul di mana-mana sahaja sama ada dalam bas, stesen bas malah di mana-mana sahaja. Ini membuktikan mereka telah ramai dan kadangkala mereka menganggu ketenteraman orang awam. Ada di antara mereka berperwatakan bengis dan menimbulkan ketakutan orang awam. Pendatang asing tidak faham dengan kerukunan rakyat Malaysia kerana mereka tidak pernah diajar di negara mereka kerana budaya dan agama mereka pelbagai dan berlainan.
Rakyat Malaysia telah diajar untuk bergantung kepada pendatang asing dalam pelbagai bidang. Ia bukan sahaja merugikan rakyat Malaysia dan menyebabkan rakyat Malaysia memilih pekerjaan kerana telah diasuh psikologi kerja di ladang untuk pendatang asing sahaja. Sampai bila ia harus berterusan kerana ia hanya menutup peluang pekerjaan warga tempatan.
Tibalah masanya kita menubuhkan satu badan khas untuk memantau pendatang asing untuk kita bertindak secara efektif. Ini kerana banyak operasi seperti ops pendatang haram tidak mempunyai koordinasi yang jelas. Banyak pihak telah berjanji untuk menangani pendatang haram secara tegas tetapi sampai sekarang macam biasa isu tersebut lenyap masih berterusan. Adakah kita ingin lihat keadaan Pulau Gaya dipenuhi pendatang asing wujud di Semenanjung Malaysia pula. Negeri Sabah gagal menangani pendatang asing sebagai bukti kepincangan kita kerana kita takut bertindak atas alasan tertentu seperti politik dan alasan lain. Cukuplah hentikan kebanjiran ini kerana rakyat Malaysia telah rimas dengan masalah ini.
– EZARUDDIN ABD RAHMAN,
Kuala Lumpur.

Isu pendatang tanpa izin tidak akan selesai selagi tiadanya pihak berkuasa yang telus untuk mengatasi masalah ini. Berlakunya migrasi adalah kerana pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia. Kadar pendatang tanpa izin yang terlalu tinggi menggusarkan penduduk tempatan dan kadar jenayah turut meningkat. Siapakah yang harus dipersalahkan?









Berikut merupakan anggaran perbelanjaan makanan untuk setiap orang sehari di pusat pemindahan banjir.







Berikut merupakan data sekunder yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi..Data ini adalah mengenai senarai pusat pemindahan sementara magsa-mangsa banjir di sekitar Johor.








































Dewan dan Sekolah sebagai Pusat Petempatan Sementara

Kawasan tumpuan kajian yang dijalankan iaitu kampung Kelantan menunjukkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tinggal di dewan-dewan sebagai petempatan sementara semasa berlaku banjir. Kebanyakan penduduk tinggal di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi, Dewan Raya Taman Kota Jaya, malah ada juga penduduk yang tinggal di Sekolah Menengah Agama (Arab) Kota Tinggi. Kawasan ini dikelaskan sebagai Zon A iaitu mukim bandar.

Seperti diketahui umum, dewan dijadikan tempat petempatan sementara kerana keupayaannya yang dapat menampung sebilangan besar penduduk sesuatu kawasan malah meliputi beberapa kawasan. Dewan Jubli Intan Kota Tinggi misalnya, meliputi kawasan-kawasan seperti kawasan bandar, Kampung Tembioh, Kampung Kelantan, Kampung Panti, Taman Kuso, Taman Kemang, dan Jalan Omar. Dewan Raya Taman Kota Jaya misalnya meliputi kawasan Taman Kota Jaya, manakala Sek. Men. Agama (Arab) meliputi kawasan bandar. Dua buah pusat yang lain pula seperti Sek. Men. Keb. Laksamana dan Sek. Men. Keb. Tun Habab tidak akan digunakan sebagai pusat pemindahan banjir sekiranya banjir berlaku semasa peperiksaan SPM/STPM.

Terdapat 16 buah pusat petempatan banjir di kawasan Zon A iaitu Mukim Bandar meliputi sekolah-sekolah dan juga dewan-dewan. Had muatan penduduk adalah berbeza-beza iaitu dari 50 orang hinggalah kepada 850 penduduk. Antara jabatan atau pertubuhan sukarela yang terlibat membantu menyelenggara pusat ialah Setiausaha MDKT, pengetua, guru besar dan ketua kampung. Dewan Jubli Intan Kota Tinggi mempunyai kapasiti yang besar iaitu seramai 850 orang dalam satu dewan dan tidak hairanlah apabila boleh dikatakan hampir keseluruhan penduduk kampung Kelantan tinggal di dewan ini semasa banjir melanda.

Apabila terdapat amaran mengenai hujan dan angin kencang, antara langkah terawal yang dilakukan oleh agensi yang terlibat ialah menyediakan pusat-pusat pemindahan ini untuk digunakan serta dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan selesa kepada mangsa banjir. Dewan-dewan ini diurus oleh petugas yang terlibat samada dari segi keperluan dan masalah yang berkaitan. Penduduk didaftarkan terlebih dahulu sebelum diletakkan atau dimasukkan dalam sesuatu petempatan bagi memudahkan urusan dan mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini. Penduduk diletakkan mengikut keluarga dan mereka diberi tilam, bantal dan juga barangan keperluan yang lain.
Semasa menetap di dewan, penduduk dibekalkan dengan kelengkapan seperti tilam, bantal, dan tikar memandangkan penduduk tidak sempat menyelamatkan barangan mereka. Kemudahan asas yang disediakan juga boleh dikatakan memuaskan. Tetapi masih terdapat kekurangannya kerana penduduk terutamanya wanita mengadu tidak berpuas hati dengan tandas. Dengan bilangan wanita yang lebih ramai daripada lelaki sudah pasti 2 tandas bagi satu-satu dewan tidak mencukupi. Walau bagaimanapun dari segi makanan, keselamatan, bekalan air bersih penduduk tidak menghadapi masalah.

Setiap hari penduduk dibekalkan dengan teh, kopi, gula, biskut, dan roti bagi setiap orang untuk sarapan pagi. Manakala bagi makanan tengahari dan malam penduduk diberi beras, lauk (sardin ,telur, ikan kering, daging, daging ayam, dan ikan basah), sayur dan rencah seperti minyak kelapa, kelapa parut, garam, kicap, lada kering, belacan, asam jawa, rempah, bawang merah, dan bawang putih. Malah pada awal-awalnya penduduk diberi bantuan makanan segera iaitu nasi bungkus untuk seorang berharga tidak lebih dari pada RM5.00. Boleh dikatakan keperluan penduduk yang tinggal di pusat petempatan sementara ini ditanggung dan diberikan secukupnya.

Keberkesanan dewan dijadikan sebagai tempat pemindahan banjir dapat ditonjolkan apabile rata-rata penduduk berpuas hati dengan fungsi, layanan dan perkhidmatan yang diberikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Graf diatas menunjukkan statistik penyediaan makanan yang bersih dan mencukupi di pusat pemindahan.Sebanyak 78% daripada responden mengatakan bekalan makanan yang diberikan adalah mencukupi untuk semua mangsa-mangsa banjir.20% responden mengatakan tidak cukup dan 2% lagi tidak pasti. Semasa menjalankan soal selidik, ada beberapa responden yang mengatakan bekalan makanan pada hari pertama di pusat pemindahan adalah tidak mencukupi. Ini mungkin kerana keadaan yang kelam kabut dan pihak governans yang tidak melakukan apa-apa persediaan menghadapi mangsa-mangsa banjir memandangkan ini adalah kali pertama banjir besar berlaku di Johor. Namun penyediaan makanan pada hari berikutnya amat memuaskan hati mangsa-mangsa banjir. Menurut sumber yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota tinggi, makanan yang diperuntukkan untuk seorang adalah sebanyak RM 3.00 sehari manakala bagi bayi yang menyusu adalah sebanyak RM 1.60 sehari.

Wednesday, October 24, 2007


Gambar diatas menunjukkan pembahagian keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir.(Sekadar hiasan). Statistik diatas menunjukkan persepsi penduduk terhadap keperluan asas yang disediakan di pusat pemindahan.49% daripada responden mengatakan keperluan asas seperti tandas dan tempat tidur yang disediakan adalah mencukupi manakala 51% lagi mengatakan tidak cukup. Memandangkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di satu pusat pemindahan adalah ramai, tidak mustahil keperluan asas seperti tandas,surau, dan tempat tidur tidak mencukupi kerana mereka terpaksa berkongsi sesama sendiri. Untuk menjalani kehidupan seharian di pusat pemindahan mungkin agak menyukarkan namun mereka terpaksa dan redha.

Sebanyak 63% dari responden berasa selesa tinggal di pusat pemindahan manakala 37% lagi tidak selesa. Ada yang berasa tidak selesa kerana mempunyai anak yang kecil dan ini mungkin tidak sesuai untuk tinggal di tempat yang mempunyai ramai orang kerana keadaan yang mungkin agak bising. Ada juga yang berpendapat tidak selesa berbaring di kalangan orang ramai yang bukan ahli keluarga, terutamanya bagi golongan wanita. Bagi mereka yang berasa selesa tinggal di pusat pemindahan pula mengatakan mereka berasa seronok tinggal beramai-ramai disamping dapat mengeratkan silaturrahim di antara penduduk kampung. Mereka juga beranggapan tidak perlu untuk mementingkan diri sendiri dan haruslah bertolak ansur diantara satu sama lain memandangkan nasib yang menimpa mereka. Walau bagaimanapun mereka amat berharap agar kualiti perkhidmatan dipertingkatkan lagi jika berlaku musibah lagi di masa hadapan..