Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Saturday, September 22, 2007

WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA=PROSES URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR UNTUK MASA DEPAN

Pada 30 Julai 2007 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( NCER, Northen Corridor Economic Region ). NCER ini telah diperkenalkan sejak Januari 2007 dan termasuk di dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) lagi. NCER ini melibatkan pembangunan ekonomi dan sosial di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak. Projek ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan negeri-negeri di utara memandangkan statistik menunjukkan kadar kemiskinan di Kedah dan Perlis adalah tinggi berbanding di negeri-negeri lain kecuali di pantai timur. Projek ini melibatkan pembangunan dari segi pertanian,pelancongan,alam sekitar,pembuatan dan pembangunan modal insan bagi wilayah utara Semenanjung Malaysia. Projek ini dijangka akan meningkatkan ekonomi penduduk di wilayah utara jika rancangan ini berjaya. Memandangkan 2/3 daripada penduduknya terlibat dengan jelapang padi, kerajaan berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian dengan potensi bioteknologi dengan melatih remaja seawal 15 tahun untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian moden dan menganggap pertanian juga adalah satu perniagaan yang menguntungkan dan menjanjikan pendapatan yang lumayan.Ini selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan pertanian dimajukan dengan slogan 'Pertanian adalah Perniagaan'. Dengan adanya projek Koridor Utara ini,kemudahan prasarana juga akan bertambah maju dan pelabur-pelabur akan mula menunjukkan minat melabur di sana. Koridor Utara lebih menumpukan pelabur tempatan dalam bidang pertanian dan prasarana sementara pelabur asing ditugaskan untuk pembangunan elektrik dan elektronik serta hotel pelancongan. Disini kita dapat melihat peluang pekerjaan yang akan bertambah dan industri pelancongan juga akan turut mendapat manfaatnya. Jalan perhubungan akan dinaik taraf seterusnya memudahkan perhubungan antara negeri-negeri. Penduduk dijangka bertambah dari semasa ke semasa sementara projek ini dijalankan selama hampir 20 tahun iaitu dari 2007-2025 dan dijangka berjumlah 4.29 juta orang. Kesimpulannya, kita akan dapat melihat proses urbanisasi dan pembangunan bandar akan berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia.Semoga usaha dan impian kerajaan untuk membangunkan utara Malaysia tercapai dan manjadi kenyataan..
Sumber diolah dari Wikipedia..
http://ms.wikipedia.org/wiki/Koridor_Utara#Fasa_pembinaan