Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Wednesday, August 29, 2007

AHLI KUMPULAN 1 (WAC-WE ARE CONCERN)

TAJUK KAJIAN:
PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. HAMZAH BIN JUSOH
PN.MARSITAH BT MOHD RADZI

AHLI KUMPULAN WAC ( WE ARE CONCERN)

RAFIZAN BIN MOHAMED ZAIN A105880
MOHD NORHISHAM MOHAMED NOWAWI A106316
FARHANA HAZWANEE BT SHAHAR A113742
AMIRAH FAIZAH BT ABDUL MUTHALIB A114593

Tuesday, August 28, 2007

rentetan catatan kerja lapangan

Pada 24 Ogos yang lalu kumpulan kami telah memperbetulkan kertas kerja yang telah disemak oleh Dr.Hamzah. Berikut merupakan kertas kerja yang sempurna setelah diperbaiki bersama dan akan diedarkan kepada responden di Kota Tinggi.

1.0 Pengenalan


Daerah Kota Tinggi merupakan salah satu daerah di negeri Johor yang mengalami banjir teruk pada hujung tahun 2006 yang lalu. Semasa banjir melanda, mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan ke tampat yang selamat seperti di dewan-dewan dan di sekolah-sekolah. Dalam kursus ini, kami ingin mengkaji sejauh manakah sekolah sesuai untuk dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa-mangsa banjir. Selain itu juga kami ingin melihat keifisienan sekolah dalam menangani mangsa-mangsa banjir ini. Dan akhir sekali, kami ingin mengkaji adakah perancangan yang lebih baik untuk masa akan datang dalam menangani isu banjir yang mungkin akan berulang lagi.


2.0 Tajuk Penyelidikan

PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR


3.0 Persoalan Kajian

Sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir mungkin tidak relevan pada masa kini. Nasib penduduk yang malang kerana terpaksa berdepan dengan masalah banjir di rumah mereka tidak berakhir begitu sahaja kerana terpaksa pula tinggal di pusat pemindahan sementara yang tidak selesa dan menyulitkan keadaan. Oleh itu kami ingin mengenalpasti apakah aspek-aspek yang boleh diperbaiki di pusat pemindahan banjir ini agar ianya akan bertambah baik di masa akan datang.


4.0 Isu-isu

i. Kemudahan dan keperluan asas yang tidak mencukupi di pusat pemindahan.
ii. Hak peribadi “privacy” individu/keluarga di dalam pusat pemindahan tidak diambil kira.


5.0 Objektif Kajian

i. Mengkaji keberkesanan sekolah sebagai penempatan mangsa-mangsa banjir.
ii. Mengkaji tahap keselesaan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.
iii. Mengkaji kecekapan pengurusan pusat pemindahan banjir.
iv. Mengkaji penyediaan kemudahan di pusat pemindahan samada benar-benar memenuhi keperluan.


6.0 Skop Kajian:


Sebanyak 30 borang soal selidik akan diedarkan kepada penduduk Kampung Tembiuh yang telah ditempatkan di pusat pemindahan semasa banjir yang lalu.



7.0 Metodologi:


Soal selidik (sila rujuk Lampiran 1)
Temu ramah


8.0 Penutup:


Secara keseluruhannya kami berharap supaya dengan hasil kajian kami ini, dapat menyuntik semangat baru kepada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya yang terlibat dengan kejadian banjir ini.
Kami juga berharap dengan hasil kajian ini, kesemua isu-isu yang timbul di pusat pemindahan banjir di masa akan datang telah diperbaiki dengan sebaik mungkin. Oleh itu,kami amatlah mengharapkan kerjasama dan sokongan serta komitmen dari semua pihak terutamanya dari penyelaras program, ahli kumpulan WAC dan penduduk di daerah Kota Tinggi itu sendiri.
Kami amat berbesar hati jika kajian ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan program ini kelak. Segala kerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung didalam kajian ini didahulukan dengan ribuan terima kasih.
Semoga uasaha yang dijalankan mendapat keberkatan daipada Allah SWT serta dapat melahirkan insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang baik pada bangsa, agama dan Negara.
Borang Soal Selidik
Bahagian A
1. Jantina
Lelaki ( ) Perempuan ( )

2. Umur
15-21 ( ) 22-30 ( ) 31-40 ( ) 40 keatas ( )

3. Bangsa
Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( )

4. Pekerjaan
Sila nyatakan:

5. Anggaran Pendapatan
RM 1000 kebawah ( ) RM 1000-2000 ( ) RM 2000 keatas ( )

6. Tempat Tinggal:
Sila nyatakan:


Bahagian B
1) Berapa lamakah anda tinggal di daerah Kota Tinggi ?
1-5 tahun ( ) 5-10 tahun ( ) melebihi 10 tahun ( )

2) Selama menetap di daerah ini, adakah banjir besar kerap berlaku?
Ya,melebihi 3 kali ( )
Tidak pernah sebelum ini ( )
Tidak pasti ( )

3) Di manakah anda tinggal semasa banjir?
Di rumah ahli keluarga/rakan-rakan lain ( )
Di pusat pemindahan ( )
4) Berikan pendapat saudara/i adakah sekolah sesuai dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara.
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )

5) Adakah anda berasa selesa dalam menjalani kehidupan harian semasa berada di pusat pemindahan sementara?
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )

6) Adakah anda berpuashati dengan tahap keselamatan di pusat pemindahan?
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )

7) Adakah petugas di pusat pemindahan banjir memainkan peranan dengan baik?
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )

8) Adakah keperluan asas seperti tandas,surau,dan tempat tidur mencukupi dan selesa dari segi kebersihan?
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )

9) Adakah makanan yang disediakan berkhasiat dan mencukupi?
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )

10) Adakah bekalan air yang dibekalkan bersih dan mencukupi untuk keperluan seluruh mangsa banjir di pusat pemindahan?
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )

11) Adakah mangsa banjir dapat menikmati hak peribadi semasa berada di pusat pemindahan?
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )


12) Apakah tindakan penduduk apabila meninggalkan sekolah? Adakah gotong-royong dijalankan utuk membersihkan semula kawasan sekolah?
Ya ( ) Tidak ( ) Tidak Pasti ( )



Bahagian C
13) Berapakah anggaran keluarga di dalam satu sekolah?
14) Bagaimanakah susun atur di dalam pusat pemindahan? Berapakah bilangan keluarga per bilik?

15) Pada pandangan anda, bagaimanakah keberkesanan sekolah sebagai pusat pemindahan sementara?
16) Adakah anda mempunyai cadangan pusat pemindahan sementara lain yang lebih selesa untuk dijadikan alternative kepada mangsa banjir di masa akan datang?