Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Thursday, July 26, 2007

TRAGEDI KOTA TINGGI

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terletak di negeri Johor.Bandar Kota Tinggi berada lebih kurang 40km dengan bandaraya Johor Bahru.Daerah ini mempunyai keluasan kira-kira 3488.7 km persegi.
Pada penghujung tahun 2006,Kota Tinggi telah dilanda banjir besar. Daerah ini telah lumpuh dan terjejas teruk setelah dilanda gelombang besar sebanyak 2 kali. Belum sempat penduduk Kota Tinggi berasa lega dengan air yang telah surut semasa gelombang pertama,mereka sekali lagi dirundung malang kerana banjir gelombang kedua lebih teruk dan turut menenggelamkan tempat-tempat lain.Musibah ini tidak berakhir begitu sahaja kerana penduduk Kota Tinggi telah kerugian banyak harta benda,kerosakan tempat tinggal,terdedah dengan risiko penyakit berjangkit dan terutamanya sekali nyawa yang tidak mungkin dapat diganti..
Innalillah..