Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Tuesday, September 11, 2007

HASIL KAJIAN LAPANGAN DI KOTA TINGGI( 1-3 SEPTEMBER 2007 )

Syukur alhamdulillh selesai sudah kajian mengenai persepsi penduduk terhadap kualiti pusat pemindahan mangsa banjir dilakukan dengan jayanya.Berikut merupakan serba sedikit hasil kajian kumpulan WAC di Kota Tinggi...

1 Sept 2007

Pada pagi Sabtu yang lalu kami telah berkumpul di foyer FSSK untuk bertolak ke Kota Tinggi.Perjalanan kami ke Kota Tinggi amat lancar dan kami sampai di bandar tersebut lebih kurang pukul 3.30 petang. Setelah kami semua check in hotel, kami memulakan kajian pada pukul 4.30 petang. Kumpulan WAC telah berpecah dan pergi ke sekitar bandar Kota Tinggi untuk menjalankan soal selidik. Namun, akibat responden di bandar Kota Tinggi bukan merupakan penginap di pusat pemindahan banjir,kami tidak dapat meneruskan kajian tambahan pula keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Pada malamnya kumpulan kami telah berkumpul dan berbincang untuk menjalankan kajian pada keesokan harinya.

2 Sept 2007

Pada jam 9,kami semua telah dihantar ke Kg Kelantan.Kami memulakan operasi menjalankan soal selidik terhadap penduduk kampung. Semasa menjalankan soal selidik saya mendapati ada yang berpuashati dan ada juga yang tidak berpuashati dengan kualiti pusat pemindahan. Sesetengah dari responden beranggapan bahawa mereka terpaksa menerima apa jua keadaan tempat yang mereka duduki semasa banjir walaupun keadaan agak kurang menyenangkan. Majoriti daripada mereka berpuashati dengan makanan yang disediakan di pusat pemindahan.
Setelah selesai menjalankan soal selidik dengan penduduk kampung,kami bertolak pulang ke hotel.Pada petangnya kumpulan kami tidak menjalankan soal selidik lagi kerana telah selesai 30 borang dan keadaan hujan lebat tidak mengizinkan kami keluar.

3 Sept 2007

Pada pagi Isnin tersebut semua pelajar Kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar telah ke pejabat daerah Kota Tinggi untuk sesi persidangan dengan Tuan Haji Zainuddin.Sesi soal jawab berlangsung selama lebih kurang 2 jam dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Kumpulan kami telah meminta statistik sebenar jumlah mangsa banjir dalam satu pusat pemindahan dan kami diarahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat tersebut. Pada pukul 3 petang kami kembali ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil data-data tersebut. Setelah selesai,kami pun bertolak pulang ke UKM pada pukul 4 petang..