Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Alangkah malangnya nasib mereka yang terpaksa berhimpit..

Thursday, October 25, 2007

Pendatang tanpa kawalan cabar keselamatan negara
KEMELUT isu kebanjiran pendatang tanpa izin terus berlarutan malah lebih mendukacitakan, isu ini seakan tiada jalan penyelesaian.
Saban hari banyak kenyataan dikeluarkan berhubung isu kebanjiran pendatang tanpa izin dengan jawab klise ialah pihak berkaitan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Macam biasa menteri dan pihak yang berkuasa hanya sekadar membuat kenyataan yang tiada penjelasan pasti meskipun mereka sedar kebanjiran pendatang asing menyumbang peningkatan kadar jenayah.
Inilah akibatnya sikap pihak-pihak tertentu kurang bertindak tegas menyebabkan melimpahnya pendatang tanpa izin sehingga ia membawa masalah kepada rakyat tempatan.
Timbalan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.
Anggota Polis seramai 90,000 berbanding jumlah 25 juta rakyat Malaysia tidak mampu membanteras pendatang tanpa izin secara menyeluruh.
Pendatang asing banyak kali menimbulkan masalah kepada negara sehingga meningkatkan kadar jenayah seperti samun, rompakan, kes bunuh, curi motosikal, pergaduhan dan rogol.
Mereka bertindak ganas kerana tidak mempunyai gaji yang tinggi dan tidak mempunyai pekerjaan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan niat jahat mereka.
Isu membanteras pendatang tanpa izin tidak boleh disandarkan kepada bahu polis semata-mata kerana kita harus akui mereka mempunyai banyak tugas lain sedangkan bilangan anggota sedikit.
Masalah ini harus ditangani bersama secara bersunguh-sungguh kerana banyak pakar telah membuat kajian, memberi amaran kemungkinanan kebanjiran pendatang asing akan mengundang kepada ancaman keselamatan dan kestabilan negara. Mudahnya pihak tertentu mengambil tindakan tindakan yang tidak serius membanteras masalah ini.
Akibatnya kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukan sahaja mengundang masalah jenayah tetapi menimbulkan kepincangan dalam sistem pemantauan terhadap pendatang asing. Banyak jenayah telah berlaku sejak kebelakangan seperti kes-kes samun dan rompakan , kini masyarakat Malaysia seolah-oleh dibelenggu ketakutan dan kerisauan. Banyak isu yang belum terjawab lagi dan sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Banyak isu yang dikuburkan begitu sahaja kerana kelemahan yang sering berlaku tetapi semakin lama rakyat jadi muak dengan isu pendatang asing ini. Isu pendatang asing di Malaysia tiada penyelesaianya kerana pihak yang berkuasa sibuk dengan pelbagai urusan lain.
Banyak persidangan dan mesyuarat telah membangkitkan masalah ini dan mencetuskan kebimbangan ini. Banyak pihak telah memberikan pendapat yang memberi gambaran negatif tentang implikasi ini.
Jika dahulu kes samun, pembunuhan dan pelbagai lagi jenayah agak asing bagi rakyat Malaysia tetapi kini banyak kes jenayah menjadi saksi kepada kesan kebanjiran pendatang asing. Selepas ini mungkin banyak lagi kes-kes jenayah akan meningkat lagi jika tiada badan khusus untuk memantau pendatang asing dan membanteras kebanjiran pendatang tanpa izin.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, fenomena kebanjiran pendatang asing menimbulkan tanda tanya kenapa kita harus membiarkan kebanjiran pendatang tanpa izin berterusan? Adakah terlalu banyak pekerjaan yang harus diisi oleh pendatang tanpa izin semata-mata?
Di Malaysia kita boleh lihat ramai rakyat Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Nepal, Afrika dan pelbagai lagi bangsa berkumpul di mana-mana sahaja sama ada dalam bas, stesen bas malah di mana-mana sahaja. Ini membuktikan mereka telah ramai dan kadangkala mereka menganggu ketenteraman orang awam. Ada di antara mereka berperwatakan bengis dan menimbulkan ketakutan orang awam. Pendatang asing tidak faham dengan kerukunan rakyat Malaysia kerana mereka tidak pernah diajar di negara mereka kerana budaya dan agama mereka pelbagai dan berlainan.
Rakyat Malaysia telah diajar untuk bergantung kepada pendatang asing dalam pelbagai bidang. Ia bukan sahaja merugikan rakyat Malaysia dan menyebabkan rakyat Malaysia memilih pekerjaan kerana telah diasuh psikologi kerja di ladang untuk pendatang asing sahaja. Sampai bila ia harus berterusan kerana ia hanya menutup peluang pekerjaan warga tempatan.
Tibalah masanya kita menubuhkan satu badan khas untuk memantau pendatang asing untuk kita bertindak secara efektif. Ini kerana banyak operasi seperti ops pendatang haram tidak mempunyai koordinasi yang jelas. Banyak pihak telah berjanji untuk menangani pendatang haram secara tegas tetapi sampai sekarang macam biasa isu tersebut lenyap masih berterusan. Adakah kita ingin lihat keadaan Pulau Gaya dipenuhi pendatang asing wujud di Semenanjung Malaysia pula. Negeri Sabah gagal menangani pendatang asing sebagai bukti kepincangan kita kerana kita takut bertindak atas alasan tertentu seperti politik dan alasan lain. Cukuplah hentikan kebanjiran ini kerana rakyat Malaysia telah rimas dengan masalah ini.
– EZARUDDIN ABD RAHMAN,
Kuala Lumpur.

Isu pendatang tanpa izin tidak akan selesai selagi tiadanya pihak berkuasa yang telus untuk mengatasi masalah ini. Berlakunya migrasi adalah kerana pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia. Kadar pendatang tanpa izin yang terlalu tinggi menggusarkan penduduk tempatan dan kadar jenayah turut meningkat. Siapakah yang harus dipersalahkan?

No comments: